KELAS TAHFIZ AL-QURAN DAN KAJIAN ILMIYAH
KELAS TAHFIZ AL-QURAN DAN KAJIAN ILMIYAH
بسم الله الرحمن
KELAS TAHFIZ AL-QURAN
DAN KAJIAN ILMIYAH
(LELAKI)
Pihak kami mempelawa remaja-remaja yang mempunyai keinginan yang kuat untuk mempelajari Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman salafus soleh untuk mengikuti pengajian di tempat kami.
Matlamat
1. Melahirkan pemuda-pemuda yang menghafal Al-Quran dan Hadis.
2. Memberikan pengetahuan tentang tafsiran Al-Quran dan Hadis dengan merujuk
kepada kitab-kitab yang mu’tabar.
3. Mendidik mereka agar berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan
kefahaman sahabat dan orang yang mengikuti jalan mereka.
Manhaj Pembelajaran
Pembelajaran di sini akan menempuh beberapa peringkat. InsyaAllah peringkat pertama akan dimulakan tidak lama lagi yang mengambil masa satu tahun. Pelajar yang melepasi peringkat pertama akan mengikuti peringkat yang seterusnya. Antara mata pelajaran yang akan diajarkan pada peringkat ini adalah seperti berikut :
1. Hafalan Al-Quran. Pelajar dikehendaki menghafal 10 juz dalam tempoh setahun
atau sekurang-kurangnya 7 juz setengah berdasarkan kemampuan.
2. Tafsir Juz 30. Kitab yang digunakan: Tafsir As-Sa’di
3. Akidah : Matan Usul 3 dan Al-Akidah Al-Wasithiyah
4. Bahasa Arab : At-Tuhfatus Saniyyah (Ilmu Nahu) dan Durus Al-Lughotil
Arabiyah ( Kitab 1).
5. Fiqh : Kitab Taisirul ‘Allam.
6. Hadis 40
7. Kaedah Penulisan : Kitab Qowaidul Imla’
8. Akhlak
Syarat Kemasukan
1. Umur hendaklah tidak kurang daripada 13 tahun
2. Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menulis arab dan rumi.
3. Mempunyai akhlak yang baik dan keinginan yang kuat untuk menuntut ilmu
agama.
4. Berdisiplin : boleh mengikut peraturan dan tunjuk ajar.
5. Mampu menyediakan yuran bulanan sebanyak RM 200 sebulan (untuk bayaran
sewa bangunan, bil-bil, makan minum dan keperluan belajar)
6. Lulus temuduga.
Jadual Pembelajaran
Pembelajaran akan berlangsung sepanjang tahun insyaAllah. Cuti hanya akan berlangsung pada :
15 Ramadhan - 15 Syawal
5 Zulhijjah - 15 Zulhijjah
15 Robi’ul Akhir - 30 Robiul Akhir
* InsyaAllah pembelajaran akan bermula pada 16 Syawal 1430 H.
* Jadual harian akan diberikan setelah memasuki maahad
* Terhad kepada 10 orang pelajar sahaja (kecuali ada pertambahan tenaga pengajar)
* Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian insyaAllah.
* Sila daftar sebelum 15 Ramadhan 1430.
والله الموفق
Abu Auzaie Zulhizam bin Mohd Hashim
Pengelola
Kelas Tahfiz Al-Quran dan Kajian Ilmiyah
JADUAL HARIAN
MASA SUBUH 8.00-9.30 9.30-10.30 11.00-12.00 3.00-4.00 MAGHRIB ISYA
HARI
ISNIN MJH HFL AQ BA AKH MJH MJH
SELASA MJH HFL AQ BA TLS MJH MJH
RABU MJH HFL TSR BA FQH MJH MJH
KHAMIS MJH HFL AQ BA HDS MJH MJH
JUMAAT MJH - - - SRH MJH MJH
SABTU MJH MJH AQ FQH - MJH MJH
AHAD MJH HFL HDS TSR ZKR MJH MJH
MJH : MUROJA’AH BERPASANGAN
HFL : HAFALAN
AQ : AQIDAH
BA : BAHASA ARAB
AKH : AKHLAK
TLS : KAEDAH PENULISAN
TSR : TAFSIR
FQH : FIQH
HDS : HADIS
SRH : SIRAH
ZKR : AZKAR
http://malaysia.salafy.ws/2009/06/25/kelas-tahfiz-al-quran-dan-kajian-il...

















Post new comment